SHAMELIN MANGOSTYN JUICE

Perubahan gaya hidup, pencemaran dan cara pemakanan yang kurang seimbang menyumbangkan kepada kekurangan Antioksida di dalam tubuh badan kita. Kekurangan bahan AntiOksida ini mengakibatkan bertambahnya radikal bebas di dalam badan dan meningkatkan Tekanan Oksidatif yang membentuk sel-sel yang bermasalah. Sel-sel yang bermasalah ini di kenal pasti sebagai penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Radikal bebas bertindak dan membiak secara perlahan dalam badan serta merosakkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Oleh itu badan kita memerlukan bekalan Antioksida luaran yang mencukupi.

Shamelin Mangostyn Juice (SMJ) merupakan minuman kesihatan antioksida yang dihasilkan menggunakan teknologi menyeluruh buah manggis (isi+biji+kulit), ekstrak manggis, ekstrak acai, ekstrak biji anggur, ekstrak delima, puri rossele serta jus epal. Kombinasi 6 sumber semulajadi ini memberi anda keperluan antioksida-antioksida yang diperlukan oleh badan. Kajian terhadap antioksida pada kandungan SMJ ini telah dikaji oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengikut piawaian dan sukatan yang terkawal. Dengan penambahan D-ribose pada minuman ini ia mampu memberi anda tenaga serta kesihatan yang menyeluruh.

Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Nama Genus Garcinia diambil sempena nama seorang peneroka dan pengumpul tumbuhan dari Perancis, Laurent Garcin (1673-1751) pada kurun ke 18.

Buah manggis adalah buah yang bermusim dan mudah didapati di Semenanjung Malaysia dan banyak ditanam di sekitar India, Sri Langka, Amerika Tengah, Thailand,Vietnam dan Filipina. Ia juga tumbuh di Puerto Rico, Hawaii, Venehazuela, Brazil, Burma, Cambodia, Honduras, Ghana dan Ivory coast. Buah manggis telah digunakan sejak berkurun lamanya dalam perubatan tradisional di China dan Asia dan dikenali sebagai “Ratu Segala Buah” manakala di Perancis ia dikenali sebagai “Makanan dari tuhan”. Di Thailand, buah ini dikenali sebagai “mang khut”. Nama lain bagi manggis adalah mangostao, mangostanier, mangostan atau sementah.

Buah manggis hanya tumbuh di kawasan tropika. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis mempunyai kulit ari perang kemerah-merahan yang keras (pericarp) dan isi putih yang berair ( empat hingga lapan ulas) dan biji ( satu hingga lima). Mengikut ceritanya, permaisuri Victoria pernah memberi anugerah kepada sesiapa yang boleh mencarikan buah manggis ini kepada baginda. Buah ini juga terkenal kerana boleh memberi kesan “penyejukan”(cooling effect) pada badan. Maka dengan sebab itulah kita disarankan untuk makan buah manggis selepas makan ‘raja buah’ iaitu durian.

KOMPONEN KHASIAT BUAH MANGGIS

Besi, Serat, Kalsium, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalium, Vitamin B2(Riboflavin), Protein, Katecin/tannin, Fosforus, Natrium, Vitamin B1(Thiamin), Vitamin B12, Vitamin B3(Niacin), Vitamin B6, Biotin, Folate, Mangan.

Kajian menunjukkan manggis mengandungi sebatian unik bernama XANTHONE yang mempunyai ciri ANTIOKSIDA yang tinggi serta baik untuk kesihatan.“Kajian menunjukkan bahan aktif Xanton mempunyai kesan positif kepada keseluruhan sistem badan,” menurut Penyelidik J.Frederick Templeman, M.D. “Dari penambahan tenaga untuk melindungi sistem dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas, Xanton menyampaikan faedah yang luas.” Xanton merupakan sebahagian daripada super antioksida yang paling mujarab.

Xanthone merupakan satu komponen aktif biologi unik yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Terdapat lebih 200 xanthone dan 40 daripadanya terdapat pada kulit (pericarp) manggis. Tiada sumber lain yang mempunyai kuantiti seperti ini melainkan buah manggis.

Penyelidikan terhadap xanthone menunjukkan, ia memberi kesan positif pada keseluruhan sistem badan, daripada menambah tenaga untuk menghalang daripada kerosakan radikal bebas serta memberi faedah yang sangat luas.

Dua jenis xanthon yang paling baik dalam manggis adalah Alpha Mangostin dan Gamma Mangostin. Menurut jurnal professional seperti Free Radical Research, Journal of Pharmacology, dan The Indian Journal of Experimental Biology, xanthon-xanthon memberi kesan yang baik untuk kesihatan jantung, bertindak sebagai antibiotik semulajadi, antiviral, anti radang, anti mikrob, anti alahan, anti kanser, dan merupakan antioksida yang paling hebat di alam.

Antioksida merupakan molekul atau atom yang mempunyai elektron yang berlebihan. Bahan antioksida ini dapat meneutralkan dan menstabilkan radikal bebas serta dapat mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Antioksida boleh didapati daripada Vitamin C dan E serta sistem pertahanan badan, tetapi ia tidak dapat menandingi kehebatan antioksida daripada tumbuhan seperti Manggis.

Bahan ini bertindak menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menglambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Dr. James Duke yang telah bekerja bersama USDA selama 35 tahun telah merumuskan lebih 138 ciri-ciri dan khasiat manggis, dan sebahagiannya adalah seperti berikut;

* Anti radang demam/sakit kepala
* Anti tumor
* Anti kanser
* Anti Parkinson/strok
* Anti fatigue ( memberi tenaga)
* Anti bakteria
* Anti virus
* Anti kulat
* Anti depressant (tekanan atau stress)
* Anti diarrhea (cirit birit)
* Anti Alzheimer
* Menghalang jangkitan kulat dan bakteria
* Menurunkan kolesterol
* Menurunkan darah tinggi ( hiper tension)
* Menurunkan kandungan gula dalam darah
* Melindungi jantung
* Menyokong fungsi sendi dan tulang rawan
* Mencegah penyakit tulang ( Osteoporosis)
* Anti penuaan
* Anti neuralgic (mengurangkan kesakitan saraf)
* Menghalang penyakit berkaitan mata seperti katarak dan glukoma
* Mengubati penyakit kulit seperti jerawat
* Membantu kesihatan gusi
* Melancarkan sistem penghadaman
* Mencegah sembelit
* Melincinkan dan mencantikkan kulit

KANDUNGAN UTAMA SHAMELIN MANGOSYTN JUICE

Manggis(Garcinia Mangostana)

Buah manggis merupakan antara buah yang dikatakan terbaik sekali di kalangan buah tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai Xanthones – kumpulan molekul yang agak unik. Xanthones dikenali sebagai Adaptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.

Ekstrak Biji Anggur(Vitis Vinifera)

Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.

Ekstrak Acai

Buah Acai merupakan sejenis beri yang berasal daripada Brazil. Buah ini mempunyai kebaikan 10 kali ganda antioksida daripada buah anggur dan 2 kali ganda daripada blueberri. Buah ini juga mengandungi antocyanin, omega 6, kalsium, amino asid, mineral serta Vitamin B1, B2, B3, C dan E. Buah Acai mengandungi antioksida dan serat yang tinggi yang boleh membantu menentang penuaan awal, menyokong kesihatan jantung serta membantu mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

Ekstrak Delima (Punica granatum)

Delima merupakan tanaman yang popular di kalangan masyarakat Cina. Antara khasiatnya ialah mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit-birit. Ekstrak delima mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, phenol, vitamin C dan folic asid. Sebiji delima mampu menyumbangkan 40% vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jus epal (Malus domestica)

Sebuah ungkapan mengatakan sebiji epal sehari mengelak dari penyakit (an apple a day keep the doctor away). Ini kerana epal merupakan sumber serat yang mudah dilarut. Ia mengandungi antioksida yang membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah sekali gus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut, membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan serta membantu mengekalkan berat badan.

Puri Rossele (Hibiscus sabdariffa)

Roselle (Hibiscus sabdariffa) adalah dari species hibiscus, famili Malvaceae. Buah rosel yang berwarna merah mengandungi pektin, serta kaya dengan vitamin C, A dan E serta zat mineral. Herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda.

Ciri-Ciri

- Mempertingkatkan tahap kesihatan menyeluruh dengan membantu peningkatan xanthones dan antioxida yang lain.

- Merupakan minuman kesihatan yang mengandungi antioksida yang tinggi

- Menggunakan khasiat semulajadi Permaisuri Buah

- Kandungan antioksida telah dikaji oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kandungan :

- Ekstrak keseluruhan buah manggis

- Ekstrak Acai

- Ekstrak Biji Anggur

- Ekstrak Delima

- Puri Roselle

- Jus Epal

Bahan lain yang dibenarkan :

- Ascorbic Acid

- Xanthan Gum 415

- Potassium Sorbate

- Permitted Flavours

- Citric Acid